kamu yg serius...

pompuan


POMPUAN… kamu tetap ada aura walaupun tak buka aurat.

POMPUAN… jangan gedik. Tak cantik. Nampak pelik.

POMPUAN… jangan cakap lucah. Seyes nampak murah.

POMPUAN… kamu mahal. Mohon jangan 'murah' kannya senilai TOPUP.

POMPUAN… nak menonjol tak perlu berpakaian sampai nampak lemak terjojol-jojol.

POMPUAN… kamu indah. Tapi mohon jangan terlalu mendedah. Seyes menyampah.

POMPUAN… nak mekap jangan terlalu tebal. Itu muka, bukan buku kaler-kaler.

POMPUAN… kamu cantik. Tapi MOHON jangan terlalu buat muncung itik.

POMPUAN

…baca-baca jugak. Dah, pergi masak. Yang lelaki, jangan nak mengelak. Sama jugak.


*semua orang cantik kalau mereka tahu mencantikkan yang dalamnya. ;)

telekung


Orang kata, kalau muka cumil-cumil, tak elok duduk rumah saja. Takot muka tukar jadi Anita Sarawak. Makanya semalam aku pun keluar. Pergi shopping. Jangan ditanya pergi dengan kekasih ke apa. Rasa pedih tetiba.

Uhuk3. Aku batuk.

Dari satu lorong ke satu lorong aku masuk. Buat supermarket tu macam mat bangla punya bos punya… mydin. Sampai satu lorong, ada seorang budak mencangkung. Dari tadi duk tenung-tenung patung yang pakai telekung. Samaada dia teringin nak pakai telekung tu, aku tak pasti. Tapi aku syak dia nak jadi patung tu mungkin. Hmm..

“Ni apa ni?” tetiba dia tertanya aku. Aku yang terasa bangga kerana dipilih menjawab soalan itu, dengan riaknya cumilnya menjawab.

“Ini telekung dik..” sambil keluarkan tone keibuan pada dia.

“Bukanlaaa.. ini MOMOK !!” kata dia sambil berlari-lari ke tempat lain dan ketawa berdekah-dekah. Dan sempat mengajak macek cleaner untuk ketawakan aku sekali.



Siap kau dik. =.=”

kosong


Ada orang kata.. jangan menipu. Tapi dia sendiri buat begitu.

Ada orang kata.. kita serabutkan hidup dia. Tapi siapa suruh dia datang menyibuk kat kita.

Ada orang kata.. macam kita aja yang ada masalah. Tapi dia yang taknak blah. Kita punya salahkah?

Ada orang kata.. kita aja yang nak menang. Tapi bila kita cakap,dia tak reti nak senyap,nak bangkang. Serupa macam nak juga menang.

Ada orang kata.. dia tak pernah bersangka buruk. Tapi bila dia gelar kita macam-macam, itu bersangka baik ek?

Ada orang kata.. ya,ya kita kawan saja. Tapi bila ajak jumpa, dia nak berdua aja tanpa ada bawak teman. Stalker 24jam. Itu dah macam apa ya?

Ada orang kata.. kita tak reti nak jaga orang punya hati Tapi bila kita diam, dia nak tanya itu ini. Macam kepochi. Sabarlah wahai hati…

dan aku kata pula…

“ Aku nak g toilet sat. Penat tahan. kbai. “


*Dah suruh pergi. Masih degil. Dah jadi macamni..nak mengungkit. Memang cari penyakit. Tapi biarlah begitu, hanya DIA saja yang tahu.. apa yang SEBENARNYA berlaku. :’) Maaf.

single



Single oh single,
Bila kapannya hubungan singular ini akan bertukar jadi plural?

Single oh single,
Kenapa perlu murung? nenek aku yang selama ini ‘single’ ok saja boleh senyum. Bila aku tenung.

Single oh single,
Why are u so serious thinking bout this? Jangan menangis, nanti muka tukar jadi rosnah mat aris. Mau?

Single oh single,
Mari kita bertemu. Sambil makan kek batik. Untung-untung mana tahu kita akan tertarik.

Single oh single,
Kenapa berduka. Kau masih ada DIA, kan? Dah, pergi ‘cakap’ dengan DIA sekarang. Moga hati jadi tenang.


Pergi aku kata.



*Aku tak single. Already taken by cik ibu and cik ayah. I’m happy and I’m know it. XD

petua


Ya, aku tahu aku dah lama tak berupdate. Dingorat beberapa hari sebelum ni, buatkan kepala aku jadi tingtong susah nak berkarya.

Ah alasan. Maapkan aku sebab jadi manusia biasa. Penuh dengan alasan. Tapi kau pernah dingorat? Kepala boleh jadi tingtong. Dan bila dingorat oleh orang yang gatai.. Ianya menjadi double tingtong. Ah ! aku sendiri tak paham aku tulis pasal apa ni. Kuat betul efeknya. Mohon bantu aku. =.=”

Kau cantik? kau hensem? Terlalu ramai peminat? Dan kadang-kadang benda tu mengganggu? Ada jalan penyelesaiannya. Eh aku tak cantik, aku kacak aja. Jadi cara ni bukan untuk aku. Bukan.


1. Pakai seselekeh yang mungkin. Seperti pengemis lagi elok. Bukan setakat orang takkan pandang, pengemis pun akan kasi tempat tinggal dia untuk kau mungkin.

2. Bila makan, korekla apa yang patot. Jangan tanya korek apa, please..jangan.

3. Gelak tanpa sebab sekuat hati. Ya ! Sekuat hati ! Luahkan ! Err..

4. Baca ayat 1, 2 & 3

5. Baca no 4.

Kalau benda ni tak menjadi yang seperti kau harapkan dan jadi lebih teruk seperti muka di frontpage paper… cik abam hensem, cik akak yang cumil yang bosan jadi cumil dan hensem.. jangan salahkan aku. Salahkan diri yang percaya pada aku. Woha !

kbhai.


*Menaip dengan muka penuh bedak sejuk. Bermood separa katak  tak ok.